18 Quotes Bijak dengan Makna Mendalam yang Bisa Jadi Inspirasi dan Motivasi untuk Dekatkan Diri kepada Ilahi

- 22 Januari 2022, 09:18 WIB
18 Quotes Bijak dari Ustazah Asma' Harun yang berisi motivasi untuk mengingat Ilahi
18 Quotes Bijak dari Ustazah Asma' Harun yang berisi motivasi untuk mengingat Ilahi /IndoTrends.Id/tangkap layar Twitter @ustazahasma

Quotes Bijak 3
Bila datang ujian yang besar, ujian kecil bukan lagi ujian. Sebab itu kita jumpa ada orang anggap masalah kita kecil, sedangkan bagi kita ia besar.
Mereka bukan meremehkan kita. Mereka mahu kita cepat bergerak, jangan lama tersekat.

18 Quotes Bijak Ustazah Asma Harun yang berisi motivasi untuk mengingat Ilahi
18 Quotes Bijak Ustazah Asma Harun yang berisi motivasi untuk mengingat Ilahi Pexels/Thirdman

Quotes Bijak 4
Kita berterusan melakukan dosa dan Allah SWT berterusan membuka ruang pengampunan teruskan bertaubat walaupun berselisih ganti dengan maksiat dan melanggar janji yang kita sendiri buat dengan Allah SWT.

Quotes Bijak 5
Allah SWT memakbulkan permintaan kita, doa kita dengan cara Allah SWT dan bukannya melalui cara yang kita minta.

Quotes Bijak 6
Saban hari Allah SWT tutup aib, dosa dan maksiat yang kita lakukan, Allah SWT ingin beri kita peluang untuk berubah dan bertaubat.

Quotes Bijak 7
Jika masih juga mengulang maksiat dan menangguhkan taubat, bimbang aib kita akan terbuka di dunia dan akhirat.

Quotes Bijak 8
Manusia sukakan pujian, takutkan ujian.
Hakikatnya pujian manusia itu adalah satu ujian yang ramai tidak mampu melepasinya. Apabila kita bercita untuk menyentuh langit dan dikenali penduduknya iaitu para malaikat dan para nabi, banyakkan menyentuh dahi dengan sujud ke bumi.

Quotes Bijak 9
Ada seseorang insan yang sangat menyayangi kita melebihi dirinya sendiri, sangat memahami penderitaan yang kita rasakan, selalu.
Kesakitan di sini semuanya sementara sahaja, di 'sana'lah yang kekal selamanya.

Quotes Bijak 10
Kita berjuang di lapangan sendiri, usah buat perbandingan atau rasa rendah diri.
Anda pejuang hebat bila hidup cari REDHA ALLAH & SYURGANYA.

Quotes Bijak 11
Dalam tempoh ramai sangat saudara kita sedang berduka parah ini, simpanlah sekejap cerita bahagia dan gembira kita. Jagalah Adab saat musibah besar melanda, mereka diuji, kita juga diuji. Bukan iri hati,tapi saling mengingati dan mengerti.

Halaman:

Editor: Arumi Razeta

Sumber: Twitter


Tags

Artikel Pilihan

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah